Masa adalah Emas

Time is Gold

MASA ADALAH EMAS (TIME IS GOLD)Saya yakin anda mesti pernah dengar ungkapan yang saya maksudkan ini, iaitu Masa adalah EmasIanya bukan sahaja diperkatakan di Malaysia sahaja di dalam bahasa Malaysia tetapi ungkapan ini adalah ungkapan antarabangsa dan sangat diketahui ramai. Lihat saja bila saya bertanya kepada Pakcik Google “Time Is” dan keputusan paling sering dicari di laman carian itu ialah EMAS(GOLD).

Emas ialah carian paling utama yg berkait rapat dengan masa. Maka saya ingin bertanya kepada anda, adakah masa anda bernilai tinggi? Masa saya, YA. Jadi bila saja saya ada masa selain tanggungjawab hakiki baik di rumah atau di pejabat. Saya akan berkongsi tentang Emas walau dimana saja saya berada. Emas adalah sesuatu yanag membuatkan saya berasa teruja dan bersemangat. Saya pasti akan menyimpan emas bila masa sahaja saya mempunyai wang yang tidak digunakan dalam masa terdekat.

Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu, emas didefinisikan seperti berikut;
sumber : Kamus Bahasa Melayu (DBP) 

[e.mas] | امس

Definisi : 1 logam berwarna kuning yg sangat berharga (biasanya dibuat perhiasan, spt cincin). 2 ki sesuatu yg tinggi mutunya (mulia, berharga dll): Masa itu ~. ~ bertitik emas yg ditempa. ~ bertuang emas yg dicetak. ~ kahwin wang dll yg wajib diberikan oleh pengantin lelaki kpd bakal isterinya pd masa nikah; mahar. ~ kerajang kertas tipis yg dibuat drpd emas dan digunakan utk perhiasan atau tulisan. ~ lombong emas yg ada di dlm batu-batu. ~ muda emas yg kuning pucat dan rendah mutunya. ~ putih aloi atau pancalogam emas dgn nikel (paladium atau zink) yg warnanya seakan-akan platinum. ~ sepuluh mutu emas tulen (emas 24 karat). ~ tempawan a. emas yg ditempa. b. panggilan kpd perempuan yg cantik dan yg dikasihi. ~ tua emas yg tidak bercampur. ~ urai emas yg halus-halus spt pasir. beremas 1 memakai (mempunyai) emas. 2 berharta benda. mengemasi 1 melapis atau menyalut dgn emas. 2 memberi rasuah; menyogok. keemasan 1 disalut dgn emas; dibuat drpd emas; serba emas. 2 spt warna emas: Naga-naga itu diperintah oleh seekor raja naga yg berwarna ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Saya menulis tentang emas kerasa saya mahu anda mempunyai mindset yang sama dengan saya tentang EMAS. Emas ialah logam yang sangat berharga dan wujud sejak 3000 tahun dahulu sebagai matawang. Bercakap dari sudut pandangan seorang penyimpan emas, saya sangat menggalakkan anda atau sesiapa sahaja MENYIMPAN DALAM BENTUK EMAS. Anda mesti peruntukkan sebahagian(minima 10%) dari pendapatan anda untuk MASA DEPAN. Masa depan anda itu adalah EMAS kerana logam berwarna kuning yang sangat berharga ini pasti dapat membantu anda kelak.

Logam Emas juga disebut Allah di dalam Al-Quran Al-Karim. Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).”(Surah Ali-Imran : 14)

Jelas di sini, adalah menjadi fitrah manusia suka dan bernafsu ingin memiliki emas dan perak(silver). Oleh yang demikian, simpanan emas sepatutnya telah menjadi amalan kita sedari kecil. Kini di Malaysia, platform simpanan aset dalam bentuk emas menjadi semakin mudah berbanding simpanan aset lain seperti tanah atau rumah. Simpanan emas boleh dimulakan dengan 1g (RM174/g pada 4 Ogos 2018) atau pun serendah RM100( sekitar 0.5xxxg emas). Platform paling mudah ialah dengan Public Gold Marketing Sdn. Bhd. Pelajari teknik bagaimana memulakan simpanan emas dengan akaun Gold Accumulation Program(GAP). Luangkan sedikit MASA anda membaca di emassilver.com supaya anda lebih berilmu dan mempunyai EMAS yang banyak di masa hadapan. Mulakan simpanan emas anda sekarang. Tiada istilah lambat dalam menyimpan emas kerana yang paling penting ialah memulakan simpanan emas sekarang. Saya doakan kejayaan anda. Semoga MASA anda sangat berharga seperti EMAS. Aamiin.


Fakhrul Anwar Osman
Penyimpan Emas Tegar
Sabtu, 4 Ogos 2018
22 Zulkaedah 1439H

Kongsikan dengan rakan anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *