Italy-Exit Bakal Menyebabkan Kegawatan Ekonomi

BREXIT SUDAH. ITALY-EXIT BAKAL MENYEBABKAN KEGAWATAN EKONOMI.

Italexit : Kredit imej financialpost.com

Pakar kewangan meramalkan jika Italy-Exit benar-benar berlaku pada tahun 2019. Ianya akan menyebabkan kegawatan ekonomi dunia yang lebih dasyat berbanding dari tahun 2008 di US. Hal ini kerana, Itali ialah kuasa ekonomi ke-3 terbesar di kesatuan eropah(EU). Kita pernah melihat kesan BREXIT yang menyebabkan ekonomi dunia menjadi agak perlahan. Saya juga percaya sekiranya Italy-Exit ini berlaku, ekonomi dunia akan terkesan dengan lebih kuat.

“An Italian exit from the EU and the euro would be a very, very painful event for the European and therefore world banking system,” Jim McCaughan, CEO of Principal Global Investors, told CNBC’s Steve Sedgwick at the Ambrosetti Forum in Italy on Friday.

Jika anda lihat graf sejarah harga emas yang saya bekalkan di bawah, perhatikan graf pada tahun 2008 hingga 2012. Harga emas melonjak naik pada suku ke-3  tahun 2007 dan jatuh semula di penghujung 2011. 

Sejarah Harga Emas 15 Tahun

Pakar sejarah ekonomi Mike Maloney dalam videonya ada menceritakan bahawa setiap kali berlaku kegawatan ekonomi, ianya memerlukan 4 tahun setengah untuk pulih. Malah ramalan beliau ialah, “kegawatan ekonomi yang akan datang dalam setahun dua lagi (2020 katanya) akan memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih”.

Sejarah membuktikan bahawa, setiap kali “recession” berlaku, emas dan silver akan menjadi penyelamat kekayaan bagi pelabur-pelabur pasaran saham. Mereka akan menjual saham-saham mereka dan membeli bon atau emas dan silver. Akan tetapi, ramalan Mike Maloney pada kegawatan ekonomi dunia yang akan datang, bon juga akan mengalami “buble burst”. Ini bermakna hanya emas, silver dan kemungkinan matawang digital sahaja yang akan menjadi penyelamat kekayaan.

EMAS, SILVER DAN BITCOIN

Antara tiga medium ini, emas,silver dan bitcoin, saya secara peribadi akan memilih emas dan silver sahaja sebagai medium simpanan saya. Ini adalah persediaan saya sebelum kegawatan ekonomi dunia melanda. Malaysia akan menerima tempiasnya sepertimana pada tahun 2008 yang lepas. Ini adalah pasti kerana Ringgit Malaysia disandarkan pada USD. Malah kini, nilai RM telah jatuh kepada MYR4.15 / USD1.00 (semasa penulisan ini). Lihat video dibawah dan anda akan dapat melihat analisis sejarah kegawatan ekonomi dan catatan tempoh masa untuk ekonomi pulih adalah sekitar 4.5 tahun setiap kali berlaku kegawatan ekonomi.

Sejarah saya sebagai seorang usahawan kedai menjual dan membaikpulih komputer pada tahun 2005 – 2008 yang terpaksa tutup biznes mengajar saya untuk lebih bersedia. Kini saya menyimpan emas dan silver. Saya telah mulakan simpanan emas sejak Januari 2016. Hal ini kerana emas dan silver ialah penyimpan nilai yang paling ampuh di dunia. Nilainya tidak akan jatuh kosong walaupun dalam kegawatan ekonomi atau semasa peperangan. Malah saya pasti berdasarkan sejarah harga emas dunia, nilainya akan mencanak naik semasa gawat. Guru emas saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie juga ada menulis berkenaan emas yang mampu bertahan ketika gawat di dalam bukunya WANG EMAS : Bertahan Ketika Gawat. Ini adalah buku yang sangat saya sarankan sebagai bahan bacaan wajib apabila anda ingin menyimpan atau melabur dalam emas fizikal.

Saya juga berharap anda, rakan-rakan dan saudara-saudara yang saya sayangi juga mendapat kesedaran dan bersedia. Mulakan simpanan emas sekarang. Di Malaysia, anda boleh mulakan dengan simpanan serendah RM100 hari ini dengan program #AkaunEmasGAP di Public Gold. Jika anda mempunyai simpanan wang fiat yg banyak(Simpanan Tabung Haji atau ASB), saya nasihat alihkan sebahagiannya kepada emas fizikal berketulenan 999.9 secepat mungkin. Dapatkan ilmu emas percuma di seminar emas Public Gold yang diadakan setiap bulan, dan tonton semua video Mike Maloney di youtube. Anda akan faham kenapa saya benar-benar serius dengan emas dan silver.

Tanya saya jika anda ada kemusykilan tentang emas dan silver. Saya akan cuba jawab dan guide anda sebaik-baiknya untuk menjadi penyimpan emas dan silver berjaya.

www.wasap.my/0169213568


Fakhrul Anwar Osman
Penyimpan Emas dan Silver
Authorised Public Gold Dealer PG00066136

Sumber berita Italy Exit :
https://www.cnbc.com/…/an-italian-exit-could-require-recapitalization

Kongsikan dengan rakan anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *