7 cara mudah untuk jimat belanja bulanan anda

Disclosure: Artikel ini mempunyai link affiliates di mana jika anda klik dan membuat belian, akan memberi sedikit komisen kepada Emassilver.com tanpa dikenakan kos tambahan kepada anda.

Jika anda sedang dalam misi ingin hidup lebih selesa dari segi kewangan tentu sekali anda perlu ada misi kewangan bijak. Jadi, misi kewangan bijak ada terbahagi kepada dua bahagian;
1. Cara Tambah Pendapatan
2. Cara Jimat Belanja

Bagi sesetengah orang, mencari pendapatan tambahan merupakan sesuatu yang sukar. Mungkin kekangan masa kerana bekerja secara shift menyebabkan kerja ke-2 bukan sesuatu yang mampu dilakukan.

Tidak kurang juga yang memberi alasan, tidak pandai berniaga. Apapun alasan anda, sebenarnya jika ianya berkaitan skil atau kebolehan. Ianya boleh dipelajari.

Kali ini saya ingin berkongsi tentang bahagian kedua dalam misi kewangan bijak anda iaitu, 7 cara mudah untuk jimat belanja bulanan yang saya pasti semua orang mampu untuk melaksanakannya. Ini adalah skil yang boleh dipelajari oleh semua orang. Yang penting ialah sejauh mana kemahuan anda untuk jimat belanja.

Jadi, jom kita tengok apa tu 7 cara mudah untuk jimat belanja bulanan anda dan pastinya ada kelebihan lain juga.

Botol air mineral

Tupperware Brand – Eco Bottle Flip Top 1L 2pcs
Harga Murah Lazada

Berhenti beli botol air mineral. Baik yang besar mahupun yang kecil. Ya, andaikan anda seorang yang mementingkan kesihatan, tentunya anda akan minum air kosong/mineral sekurang-kurangnya 1L sehari dari pagi hingga petang, waktu anda pulang dari kerja.

Jika anda bekerja pejabat, sudah tentu 20 hari sebulan ialah hari bekerja. Katakan dua botol air mineral 500ml ialah RM2.00, maka sebulan anda telah membelanjakan RM40. Jika setahun bersamaan RM480 minima.( Perkiraan harga minima )

Saya sarankan anda bawa sendiri air minum dari rumah. Lebih lagi jika anda sewa/beli penapis air secara bulanan, anda patut menggunakan penapis air sewa-beli di rumah anda secara optima.

Adalah lebih murah untuk anda membeli Botol Eco Flip Top BPA Free 1L keluaran Tupperware sekali sahaja dan isikan air minuman dari rumah setiap hari. Botol ini juga ada ciri-ciri life time warranty dan non-toxic pula tu. Lebih baik jika dibandingkan dengan botol plastik air mineral yang boleh mengeluarkan toxic sekiranya dibiarkan dalam tempoh masa yang agak lama dalam kereta di tengah panas.

Selain dari itu, anda boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan mengurangkan sampah plastik tanpa membelinya dari mula. Hebatkan cara jimat belanja bulanan anda yang pertama ni.

Kopi Premium

Expresso Con Panna
Sumber : Starbucks Coffee Company

Jika anda berada di kotaraya atau bandaraya metropolitan anda mungkin telah terbiasa dengan membeli kopi premium yang banyak dijual dengan pelbagai jenama hebat yang tidak perlu saya sebut disini.

Suntikan kafin setiap pagi, memang amat menyegarkan. Kajian menunjukkan bahawa kafin dapat menyebabkan seseorang lebih fokus. Saya yakin benar kerana sebagai seorang pelari, one shot of coffee boleh buat anda fokus pada rentak larian anda untuk jangka masa yang lebih lama.

Jadi, pagi anda memerlukan suntikan kafin. Bancuh lah kopi anda dari rumah. Anda boleh buat sendiri sekaw-kaw yang anda mahukan. Cara ini dapat jimatkan perbelanjaan anda. Apapun, anda boleh kira sendiri perbelanjaan kopi anda.

Tahukah anda, jika anda beli serbuk kopi kampung sekalipun ianya tetap biji kopi yang dihancurkan. Yang penting serbuk kopi dan bukan produk yang ditulis extract coffee, somethingcafe.

Teknik ini juga boleh digunapakai oleh penggemar-penggemar kopi tarik dan teh tarik di seluruh Malaysia. Skil membancuh kopi dan teh tarik kan boleh dipelajari. Hehe.. Anda boleh membancuh Kopi Cap Hang Tuah seperti dalam gambar ini setiap pagi. Tak sampai 3 minit dah boleh siap.

Makanan Special Setiap Minggu

Antara satu cara mudah yang kebanyakan orang berbelanja ialah keluar makan sesuatu yang special setiap hujung minggu. Lebih teruk jika hari-hari special. Anda mungkin terbiasa dengan, tak apalah makan hebat sekali-sekala untuk reward diri anda dan keluarga.

Perkara ini perlu dikawal, terutama jika anda sedang dalam misi kewangan bijak dan mahu baiki kewangan peribadi, setiap ringgit adalah bernilai. Jika setiap hujung minggu anda membelanjakan RM50 minima untuk makan besar bersama keluarga. Dalam tempoh sebulan anda telah membelanjakan RM200 minima. Dalam setahun angka tersebut meningkat kepada RM2600 (minima). RM2600 ini mungkin boleh selesaikan hutang kad kredit anda tu sekali gus.

Antara perkara yang anda boleh buat ialah keluar makan special anda tu sebulan sekali. Anda juga boleh beli sesuatu yang lain dari biasa dan masak di rumah. Pastinya lebih menjimatkan belanja poket anda.

Fast Food dan Air Bikarbonat

Di Malaysia, restoran makanan segera(fast food) tumbuh seperti cendawan. Anda boleh jumpa restoran-restoran ini di mana-mana sahaja terutamanya di dalam pasaraya besar. Lebih buruk lagi, air bikarbonat terutamanya sangat sinonim dengan makanan segera, malah air bikarbonat boleh dibeli dimana sahaja di seluruh negara.

Jika makan di kedai makanan segera(contoh pizza) ialah aktiviti yang jarang-jarang anda lakukan dengan keluarga, saya menyarankan anda untuk take away saja pizza dan makan di rumah. Boleh berjimat dengan bancuh air dirumah dan elakkan air bikarbonat di restoran makanan segera. Lagipun, air tersebut adalah tidak sihat kepada anda dan terutamanya kanak-kanak, boleh kena kencing manis tau.

Kita juga harus peka dengan kesihatan, fast food merupakan antara punca utama rakyat Malaysia menjadi obesiti selain daripada masalah kurang aktiviti riadah. Kajian kesihatan dan morbiditi kebangsaan 2017 yang dikeluarkan laporannya pada April 2018 lepas menunjukkan 1 daripada 3 pelajar di Malaysia meminum air bikarbonat sekurang-kurangnya 1 kali sehari. Ini adalah masalah yang serius.

Sejak 2013 saya telah mengurangkan makan di restoren makanan segera sehingga minima 1 kali sebulan atau tiada langsung untuk 2 ke 3 bulan. Kehidupan keluarga saya berjalan seperti biasa. Jika anak-anak saya meminta untuk makan makanan segera, saya akan belikan pada keesokan harinya secara take away sahaja. Teknik ini dinamakan delayed gratification, anda boleh tanya Pakcik Google nanti.

Fakta konsumerisme air bikarbonat terhadap orang-orang muda (pelajar) di Malaysia.

Sabun mandi dewasa dan shampu.

Contoh: Pureen
Head to Toe Wash

Baik, daripada perkara-perkara berkaitan makan dan minum, jom kita beralih kepada kebersihan dan kesihatan pula. Tahukah anda bahawa anda sebenarnya tidak perlukan sabun mandi dewasa dan shampoo. Terutamanya jika anda seorang yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil.

Menggunakan sabun mandi bayi from head to toe adalah cara mudah dan lebih menjimatkan perbelanjaan bulanan anda. Hal ini kerana anda hanya perlu beli sejenis sahaja sabun untuk seisi keluarga. Anda boleh beli paket isian semula yang lebih murah setiap kali sabun mandi bayi ini habis.

Kebaikan menggunakan sabun mandi bayi Pureen Yogurt head to toe wash ialah ianya lebih lembut pada kulit. Ianya sabun 2 dalam 1 termasuk shampu rambut. Ianya lebih baik, kerana produk yang bagus semestinya dibuat untuk bayi yang masih lemah sistem immunisasinya.

Walaubagaimanapun, anda harus baca label di belakang produk untuk memastikan ianya sesuai digunakan oleh orang dewasa atau tidak.

Pencukur pakai buang.

Pencukur pakai buang di Lazada Mall

Baik lelaki atau wanita, menjaga kebersihan dan kekemasan diri adalah penting. Satu produk yang sentiasa dibeli oleh semua orang ialah pencukur pakai buang.

Pencukur pakai buang adalah murah, sekitar RM1.80 sahaja seunit bagi jenama yang paling biasa. Tetapi jika pencukur khas untuk wanita, harganya lebih mahal. Masalahnya setelah menggunakannya sekali atau 2 kali sahaja, pisau pencukur akan menjadi tumpul dan tidak sesuai digunakan lagi.

Cara untuk jimat belanja anda ialah dengan menggunakan kaedah simpanan pencukur yang lebih baik. Anda boleh basuh, lapkan dan menyimpan pencukur pakai buang yang telah digunakan di dalam bekas plastik. Lapik sedikit supaya pisaunya tidak bersentuhan dengan dasar bekas. Tipsnya ialah masukkan 1 atau 2 paket gel silica yang anda boleh dapat percuma dalam kotak kasut baru yang anda beli. Tujuannya ialah untuk menyerap lembapan yang menyebabkan pisau menjadi tumpul dan karat.

Pencukur pakai buang anda akan bertahan lebih lama. Cara lain untuk berjimat ialah menggunakan pencukur yang boleh ditukar mata pisaunya. Anda boleh beli secara online dan klik Lazada Mall untuk lebih penjimatan dengan belian secara online.

Pakaian Baru Berjenama

Ingin nampak segak tidak semestinya anda perlu menggayakan diri anda dengan pakaian berjenama dan yang paling terkini sahaja. Walaupun memakai baju berjenama akan menampakkan anda kelihatan gah dan kaya. Namun apakah maknanya jika anda hanya “nampak kaya” tetapi hakikatnya anda dalam masalah kewangan yang meruncing.

Ada pelbagai cara untuk bergaya tanpa menebuk lubang dalam poket anda. Salah satu cara mudah jimat belanja ialah membeli pakaian bundle. Saya sarankan anda cuba mencari pakaian di kedai bundle sebagai satu cara mudah untuk jimat belanja anda.

Kedai bundle banyak menjual pakaian berjenama terpakai yang masih dalam kondisi yang baik. Anda hanya perlukan sedikit kesabaran, masa dan tuah. Jika anda bertuah, anda akan menemui pelbagai jenis pakaian yang dalam keadaan sangat baik dengan harga serendah RM5. Saya pernah beli seluar Levi’s original dengan kepala kain berharga RM15 sahaja. Best ke sangat best?

Contoh: Vintage Clothing Family Bundle di Bandar Baru Ampang.
Sumber gambar : caridestinasi.com

7 tips menjimatkan belanja yang berkesan

Baik, saya telah kongsikan kepada anda 7 cara mudah untuk jimat belanja bulanan pada kali ini hanya berkisarkan kepada makan-minum, kebersihan diri dan pakaian sahaja. Nantikan update blog Emassilver tentang pelbagai cara yang mudah untuk jimat belanja bulanan dalam misi kewangan bijak anda.

Diharapkan anda mencuba 7 tips mudah jimat belanja ini, kerana kesemuanya merupakan apa yang saya amalkan sejak beberapa tahun lalu sehingga kini. Alhamdulillah, sangat membantu saya mengatur semula kewangan peribadi saya kepada yang lebih baik. Hutang piutang dapat dilangsaikan dengan lebih cepat.

Sehingga berjumpa lagi di post blog berikutnya.
InsyaAllah. Byeee~!!

Kongsikan dengan rakan anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *