Cara Membeli Emas Fizikal Dengan Betul – EmasSilver

EMAS. Dengar sahaja dah mahal. Begitulah kedudukan emas di dalam masyarakat di mana saja di seluruh dunia. Dahulu emas dan silver digunakan sebagai wang, sebagaimana kita menggunakan “matawang fiat” Ringgit setiap hari untuk transaksi jual beli.

Sekarang, seluruh dunia menggunakan sistem kewangan moden dipanggil “matawang fiat”. Semuanya bertukar menjadi kertas yang dicetak & logam murah yang di tempa lalu dijanjikan nilai oleh kerajaan yang memerintah negara itu.

Ramai orang, kini lebih mengenali emas sebagai barang kemas sahaja. Sedihnya, kerana fungsi emas sebagai intrumen kewangan telah jarang-jarang digunakan. Hanya mereka yang mempunyai ilmunya sahaja tahu mengoptimakan peluang keemasan ini.

Emas “famous” ketika krisis ekonomi/kewangan.

Jika kita perhatikan berita ekonomi dunia akan banyak memperkatakan tentang emas ketika berlakunya ketidaktentuan politik dan ekonomi. Bukan di Malaysia sahaja, malah di seluruh dunia “trend”nya begitu. Ekonomi nak jatuh, emas naik harga. Pasaran saham jatuh, emas naik harga. Anda tak rasa pelik kah?

Graf Harga Spot Emas 10 Tahun – Sumber Goldprice.org

Situasi di Malaysia, kita pernah mengalami 2 kali harga emas mencapai kemuncak harga sangat tinggi dalam tempoh 10 tahun kebelakang, iaitu pada tahun 2011 dan 2017. Walaupunbegitu, ia hanyalah ukuran dalam nilai “matawang fiat” semata-mata. Sebenarnya nilai emas kekal dan tidak berubah. Yang berubah ialah nilai “matawang fiat” Ringgit itu sendiri yang mengalami kejatuhan nilai.

Tahukah anda, Ringgit matawang moden bermula tahun 1993 diniagakan secara “free float” pada nilai 1 USD bersamaan 2.50 MYR. Tidak lama selepas itu, seluruh dunia mengalami krisis matawang kerana George Soros penyogok matawang membuat keuntungan berbillion dollar dalam sekelip mata dalam bonds & pasaran saham. Tahun 1997/1998 tersebut, dikenali sebagai tahun kegawatan ekonomi di Malaysia dan seluruh dunia. Negara-negara asia sangat terkesan dengan tragedi ini. Nilai Ringgit pernah jatuh pada 7 Januari 1998 sehingga ke paras USD4.725 iaitu 89% kejatuhan, hampir sekali ganda. Hal ini, menyebabkan Bank Negara Malaysia mengikat Ringgit pada kadar USD3.80(jatuh 52%) pada September 1998 dan BNM tidak membenarkan Ringgit diniagakan diluar negara bagi meminimakan aliran keluar ringgit.

Kadar Matawang MYR : USD 1998 – Sumber Bank Negara Malaysia

Bolehkah anda nampak kelemahan sistem kewangan moden yang menggunakan “matawang fiat” ini? Sifat wang sebenar mestilah mengekalkan nilai, nilainya tidak berubah sebagai kayu pengukur dan semestinya nilai emas berdiri dengan sendiri pada berat dan ketulenannya. Ciri-ciri ini tiada pada Ringgit mahupun Dolar Amerika, kerana itu ianya dinamakan “matawang fiat”. Tiada nilai instrinsik yang melekat pada kertas yang dicetak ini. Nothing at all.

Hakikatnya pada masa itu, sesiapa yang menyimpan sejumlah “matawang fiat” sebagai contoh RM10,000.00 telah hilang kuasa beli jumlah angka 10,000.00 tersebut, lebih separuh. Duit anda dimakan inflasi tahu?

Saya faham kelemahan sistem kewangan “matawang fiat”. Bagaimana saya bermula membeli emas dengan betul?

Bermula membeli emas dengan betul memerlukan anda ingat dua(2) perkara utama ini.

1. Beli Emas Fizikal
Beli emas mesti dapat emas. “Gold, If you cant hold it, you don’t own it” prakata omputeh ini jelas. Jadikan ini sebagai syarat utama dalam pengembaraan anda sebagai penyimpan emas. Walaubagaimanapun, sekarang sudah ada Akaun Emas Online dimana anda tidak pegang emas tersebut. Pastikan ciri-cirinya mesti disandarkan kepada emas fizikal secara pukal dan boleh dikeluarkan emasnya dalam bentuk fizikal.

2. Emas, pelaburan yang tiada dividen.  Jika ada mana-mana individu menjanjikan kepada anda keuntungan dividen 10% misalnya. Itu saya pasti ialah SCAM. Angkat kaki lari laju-laju. Jangan berkawan dengan orang-orang begini. Mereka sangat keji dan mementingkan diri sendiri dalam mengejar keuntungan duniawi semata-mata.

3. Keypoint Bonus, sebagai seorang Muslim semestinya anda faham bahawa emas dan silver ialah barangan ribawi. Maka, hukum-hukum melibatkan pertukaran barangan ribawi hendaklah mengikut kepatuhan Syariah. Pastikan, kaedah belian emas yang betul mestilah mengikut hukum syarak. Sangat penting bagi seorang muslim menjaga rezekinya dari perkara-perkara haram. Insya Allah.

Tip asas membeli emas di Malaysia.

Secara asasnya membeli emas dan silver di Malaysia terdiri daripada 5 ciri utama yang mesti dipatuhi bagi mengelak diri anda dari kerugian atau ditipu dalam pelaburan emas. Anda boleh semak beberapa jenis/jenama pengeluar emas pelaburan di Malaysia dan selaraskan ciri-ciri yang akan saya ceritakan di bawah;

Ciri #1 – Membeli Emas Fizikal dan mesti Emas Fizikal.

Walaupun di awal penulisan ini, anda melihat graf emas yang kejap naik kejap turun harga tu macam pasaran saham kan. Jangan khuatir, sebenarnya pelaburan emas ini menggunakan aqad jual beli asas sepertimana anda membeli emas di kedai emas. Beli dan Jual, simple kan. Tidak perlu bayar sebarang broker fee dan sebagainya.

Sepertimana saya telah tegaskan, beli emas mesti dapat emas. Pelaburan emas tiada dividen sepertimana kita menyerahkan Ringgit kita kepada institusi kewangan seperti ASB atau Tabung Haji untuk mereka laburkan demi sedikit pulangan dividen tahunan. Tidak sama langsung.

Dua bentuk jongkong emas 100g yang berbeza. Kredit foto : Azree Ismail

Jadi, pastikan anda beli emas, dapat emas fizikal. Jika anda menggunakan produk akaun emas online sekalipun, pastikan ianya disandarkan 1oo% pada stok emas dan boleh keluarkan emas fizikalnya pada bila-bila masa yang anda mahu.

Ciri #2 – Spread Harga Emas Rendah

Apa yang dimaksudkan dengan spread harga emas rendah ialah peratusan perbezaan harga anda beli dan harga anda jual semula. Di Malaysia, kadar terbaik untuk cepat untung dalam pelaburan emas ialah mencari emas pelaburan yang kadar spreadnya kurang dari 10%.

Anda boleh membuat semakan, di 2 ke 3 kedai emas atau bank yang menawarkan pembelian emas fizikal sebelum membuat pembelian. Formula mengira spread adalah sangat mudah, contoh harga Public Gold;

Kira Spread Emas Public Gold (Harga 10 Jan 2019)

Spread = [(Harga Anda Beli – Harga Anda Jual) / Harga Anda Beli ] x 100
Spread = [(RM1,833 – RM1668) / RM1,833] x100
Spread = 9.0016% (9%)

Secara purata, kadar kenaikan harga emas setiap tahun adalah sekitar 10%. Jika anda membeli produk emas fizikal yang mempunyai spread yang lebih rendah dari 10% bermakna selepas 1 tahun anda dah boleh ROI. Tetapi dalam dunia pelaburan, Return Of Investment belum untung lagi. Itu baru balik modal saja. Pelaburan emas ialah pelaburan bersifat jangka sederhana & jangka masa panjang. Saya mengesyorkan supaya anda membeli emas menggunakan “matawang fiat” yang tidak akan digunakan paling kurang sekitar 3 tahun kedepan.

Public Gold Marketing Sdn. Bhd. sepertimana yang anda lihat, memaparkan harga jual dan belian semula secara telus di websitenya publicgold.com.my .

Ciri #3 – Stok emas yang tidak terhad.

Apabila anda mencari syarikat yang menjual emas. Ciri ke-3 ini juga penting. Anda boleh ujicuba mana-mana syarikat menjual emas pelaburan ketika harga emas menjunam turun. Hanya perlu tanya untuk membeli emas sahaja. Syarikat yang kukuh, pastinya akan menerima tempahan anda pada bila-bila masa tanpa kompromi. Manakala sesetengah syarikat, akan memberi pelbagai alasan untuk tangguh tempahan anda kerana mereka tiada stok emas yang mencukupi. Jika begini, tidak guna harga murah tetapi tidak boleh beli.

Jika anda menemui syarikat yang stok emasnya tiada had, inilah peluang kepada pelabur seperti anda untuk membuat belian pukal item jongkong emas 250g ke atas kerana spread item ini biasanya lebih rendah. Di Public Gold, spread emas bagi jongkong emas 250g ke 1000g ialah 6% sahaja. Inilah peluang RARE anda, untuk membuat keuntungan pelaburan jangka pendek (kurang 1 tahun).

Ciri #4 – Lokasi cawangan belian banyak

Mencari syarikat pengeluar emas pelaburan 999.9% yang mempunyai senarai cawangan belian yang banyak di Malaysia pastinya mencabar. Ia merupakan asas pelaburan emas yang juga penting kerana, sebagai penyimpan/pelabur emas kita mahukan fleksibiliti membeli dan menjual emas di mana sahaja dengan mudah. Menjual semula kepada syarikat yang anda beli emas darinya akan membolehkan anda menerima kadar spread yang rendah.

Anda boleh rujuk lokasi 19 cawangan Public Gold dan 2 dari Singapura dan Indonesia di bit.ly/pgmybranch untuk memastikan syarikat mempunyai cawangan yang banyak. Lebih menarik lagi, lebih 75 cawangan Pos Malaysia Ar-Rahnu di seluruh Malaysia juga menjual emas Public Gold.

Ciri #5 – Jaminan belian semula walaupun emas rosak.

Setelah anda menilai empat ciri-ciri di atas, kini anda perlu kenalpasti syarikat pengeluar emas pelaburan yang mana mengenakan syarat belian semula emas yang paling TIDAK CEREWET. Juga pastikan, syarikat mempunyai kemampuan untuk membeli balik emas dalam kuantiti yang banyak.

Jongkong emas Public Gold 20g yang terbuka sealnya diterima jualan semula oleh PG. (Kredit foto : Puan Emelia Maskor)

Ciri ke-5 dan terakhir ini sangat penting kerana di sinilah berlakunya keuntungan yang dinantikan setelah lama bersabar menyimpan emas tahun demi tahun. Apa kebaikan melabur jika tiada untungnya. Beli emas mesti boleh jual emas. Tempat terbaik untuk membuat jualan semula ialah di mana anda beli emas tersebut. Sebagai contoh, sekiranya anda membeli emas Public Gold, Public Gold mampu beli semula emas anda dengan kadar spread yang terendah, bermakna keuntungan anda lebih cepat dan lebih banyak. Jika anda, menjual emas Public Gold kepada syarikat lain, sudah tentu kadar spreadnya akan lebih besar kerana pilihan utamanya ialah emas keluarannya sendiri.

Perkara ini mudah difahami oleh kaum wanita, kerana mereka lebih kerap berurusan dengan kedai emas semasa menukar design baru barang kemas. Spread yang biasa dikenakan ialah sekitar 25% hingga 40% sekiranya anda menjual emas keluaran kedai emas lain kepada mereka. Sesetengah syarikat emas mengenakan syarat seperti, wajib mengemukakan resit belian asal untuk peroleh kadar spread yang lebih rendah. Cerewet sungguh kan?

Emas pelaburan terbaik ialah apabila proses jualan semula emas itu tidak memerlukan syarat yang ketat dan menyusahkan. Nilaikan secara kolektif setiap 5 ciri di atas.

5 ciri asas membeli emas adalah 1 PAKEJ NILAI HEBAT.

Kesemua 5 ciri yang dinyatakan di atas adalah sangat penting dan harus dinilai secara 1 pakej yang lengkap. Setiap produk atau syarikat emas mempunyai pro & con sendiri. Anda sebagai pengguna seharusnya lebih bijak dalam membuat penilaian. Setiap asas atau kriteria umum tentang membeli emas pelaburan tidak boleh dinilai secara berasingan. Anda pun mempunyai citarasa yang tersendiri tentang emas pilihan anda. Jemput berikan komen bagaimana anda memilih produk emas tertentu dalam satu pakej yang menarik menurut perspektif anda sendiri.

Saya secara peribadi telah lama memilih emas Public Gold dan merasakan pilihan saya adalah tepat dan betul. Berikan pandangan anda di ruangan komen ya.

Tahniah kerana setia membaca.

F. Anwar Osman
Arau, Perlis.
Khamis, 10 Januari 2019

Kongsikan dengan rakan anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *