Murah & Berbaloi – Peluang Menjadi Dealer Public Gold dengan barang kemas Aurora Italia.

Dealer Recruitment Drive Januari 2019 Special

Awal tahun 2019 Public Gold berbesar hati menawarkan peluang untuk menjadi Normal Dealer Public Gold hanya dengan membeli set barang kemas premium Aurora Italia dengan harga minima RM5,000.00 dalam satu resit. Wow~!! (Promosi bermula 3 Jan 2019 hingga 31 Januari 2019 + T&C Apply)

Saya kata WOW sebab saya juga mula menjadi Normal Dealer Public Gold dengan pakej hampir serupa dengan yang ini. Tetapi pada masa tu offer sebegini hanya datang sekali-sekala apabila ada FBLive daripada Puan Najdah isteri kepada Mentor Emas saya Encik Mohd Zulkifli Bin Shafie saja. Jadi apabila, Public Gold mengumumkan NEW YEAR Dealer Recruitment Drive ini di lamannya, saya sangat teruja.

Bermula Penyimpan Emas, Kini seorang Dealer Public Gold.

Ya, saya bermula hanya sebagai penyimpan emas pada Januari 2016. Pada ketika itu saya seperti anda, tercari-cari kaedah simpanan yang boleh mengelakkan saya dari boros berbelanja. Duit dalam akaun ASB dan Tabung Haji tidak selamat dari tangan saya. Selalu gatal tapak tangan nak berbelanja. Matlamat simpanan saya tidak tercapai. Saya gagal menyimpan wang untuk dana pendidikan anak sulong saya.

Setelah 2 tahun menyimpan sedikit demi sedikit, dalam emas dan juga sedikit matawang fiat, saya memang sangat berminat untuk menjadi Dealer Public Gold. Saya lihat platform yang disediakan sangat berpotensi untuk saya membina “side-income” yang pasif. Tetapi setiap kali ada offer untuk menjadi dealer, duit saya masih tidak cukup. Sehinggalah pada Julai 2018 saya ternanti-nanti offer menjadi dealer Public Gold dengan set barang kemas Aurora Italia kerana saya bakal menerima sejumlah wang yang agak banyak.

Menggunakan wang KWSP untuk menjana lebih wang.

Alhamdulillah pada Julai 2018, saya telah menerima sejumlah wang lebih RM17,000 setelah saya disahkan jawatan dan mengambil pilihan skim pekerja berpencen. Ya, saya bekerja kerajaan, kemudian saya tutup akaun KWSP. Saya gunakan sejumlah wang untuk membayar hutang-hutang seperti hutang PTPTN dan hutang ibu-bapa. (Hutang wajib bayar kan?) Tiada sesen pun wang KWSP tersebut yang saya gunakan untuk membeli barang-barang kehendak dan lagha.

Bakinya saya beli sedikit emas tulen 999.9% fizikal sekitar 7g untuk simpanan saya. Pada masa sama, sebanyak RM5,000.00 ringgit telah saya belanjakan untuk membeli set Aurora Italia untuk dihadiahkan kepada isteri tercinta. Bagi saya, ini adalah peluang yang baik untuk saya memulakan biznes emas yang saya idam-idamkan sambil memberi hadiah kepada isteri. Lama betul tak bagi emas kat wife. She loves it very much.

Orang puan biasalah, dapat emas senyum dia sampai telinga lah. Jadi disini, ada dua kebaikan yang saya peroleh serta-merta dengan menjadi Normal Dealer Public Gold. Isteri sayang lebih lagi dan peluang menjana pendapatan pasif. Anda fikir keputusan saya ini betul? Nanti komen kat bawah ya.

Set bangle Aurora Italia dihadiahkan kepada isteri tercinta.

Kelebihan menjadi Normal Dealer Public Gold

Menjadi seorang Dealer Public Gold sangat menyeronokkan. Pertamanya, kelebihan kepada penyimpan emas seperti saya dan anda ialah, setiap pembelian anda akan mendapat insentif 1%. Ini boleh dianggap sebagai diskaun untuk belian sendiri. Andaikata anda menyimpan sejumlah RM200 setiap bulan sebagai simpanan emas, pada bulan berikutnya anda akan menerima insentif sebanyak RM2.00 daripada nilai belian pribadi anda sahaja.

Keduanya ialah kelebihan setelah anda memperkenalkan pelanggan kepada Public Gold. Sebelum saya menjadi dealer, saya sering berkongsi kebaikan emas kepada rakan-rakan saya tetapi saya tidak bersungguh-sungguh kerana tiada sebarang benefit tambahan kepada diri sendiri. Beberapa rakan saya ada membeli emas Public Gold walaupun saya bukan lagi seorang Dealer. Terima kasih tau, you know who you are. 

Normal Dealer Public Gold juga layak menerima insentif 1% daripada nilai belian pelanggan-pelanggan yang diperkenalkan kepada Public Gold. Apabila penyimpan-penyimpan emas ini berdaftar di bawah anda, setiap belian mereka akan menjana pendapatan pasif kepada anda. Tanpa menyebabkan mereka membeli dengan harga yang lebih mahal sedikit pun. Harga belian mereka sama sahaja dengan belian kita Dealer, mengikut harga semasa yang dipapar pada laman Public Gold.

Jika anda ada 100 orang yang membeli emas bernilai RM200, jumlah insentif yang anda akan terima daripada nilai RM20,000.00 ialah sebayak RM200. Wow.. dan semua ini akan menjadi pendapatan pasif anda. Ianya tidak mustahil berlaku dengan cepat.

Bagaimana menjadi dealer Public Gold dengan Aurora Italia?

Simple beb simple. Ada dua(2) cara mudah untuk memulakan langkah sebagai Dealer Public Gold.

Kaedah pertama, anda boleh daftar akaun di laman Aurora Italia. Dari laman ini, anda boleh mencari design-design yang berkenan di hati. Boleh save gambar dulu atau terus buat tempahan online. Pastikan belian anda berjumlah minima RM5,000.00 bagi melayakkan anda menjadi Normal Dealer Public Gold. Anda boleh buat pilihan untuk ambil di branch Public Gold/Kiosk Aurora atau kurier terus ke rumah (fully insured).

Kemudian boleh e-melkan resit belian anda kepada cawangan Public Gold terdekat dengan anda(c.c juga kepada saya untuk saya bantu permudahkan urusan). Boleh semak cawangan Public Gold di sini. Staf Public Gold akan memproses belian anda dan menukar status akaun PG anda kepada Normal Dealer.

Kaedah kedua, anda boleh senaraikan item pilihan anda atau set Aurora Italia yang mana anda minat. Hubungi saya di Nombor Whatsapp Fakhrul untuk saya buatkan tempahan untuk anda. Lebih baik jika anda save sekali dengan gambar supaya saya boleh membuat tempahan anda dengan betul.

Setelah selesai membuat tempahan, staff Public Gold akan menghubungi anda dan menghantar nota tempahan dan invois kepada anda. Bolehlah anda membuat bayaran secara terus kepada Public Gold.

Kaedah bonus dan paling best, kaedah ketiga. Anda juga boleh bawa isteri atau tunang atau ibu(jika nak hadiah pada ibu) ke Kiosk Aurora Italia di beberapa lokasi yang saya senaraikan di bawah.

Senarai Kiosk Aurora Italia di Malaysia

Beri peluang kepada insan tersayang memilih sendiri design yang berkenan di hati asalkan jumlah minima RM5,000.00 tau. Semasa anda bertandang ke kiosk tu beritahulah Aurora Advisor bertugas yang anda datang atas recommendation saya. Berikan nombor kod introducer PG00066136 (Fakhrul Anwar Osman) kepada beliau sebelum sebarang proses bayaran jika anda ingin mendaftar di bawah network mentorship Encik Mohd Zulkifli Shafie. Group network kami diberi nama #PGG100Network dan sangat aktif dalam mendidik rakyat Malaysia supaya celik emas dan bijak kewangan.

Daftar lah Sekarang dan terima e-book percuma 5 Minit Review Emas tulisan mentor saya, serta akses ke support group FB PG VIP Dealers yang sentiasa mendapat update dan guide daripada mentor yang proven telah berjaya.

Last but not least, semoga pengalaman saya yang sedikit ini, memberi anda input tentang kelebihan menjadi Dealer Public Gold dengan membeli barang kemas Aurora Italia yang sangat cantik ni.

Fakhrul Anwar Osman
Priority Dealer di Public Gold Marketing Sdn Bhd
010 . 3400 . 916

Kongsikan dengan rakan anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *