Strategi Pelaburan Emas 2019 dengan Public Gold

” Ikut pengalaman saya dan kajian saya, tahun 2019 ialah tahun yang baik untuk invest emas”
– Syukor Hashim

Menurut Encik Syukor Bin Hashim yang digelar sebagai Mahaguru Emas Malaysia, tahun 2019 ialah tahun yang baik untuk pelaburan emas kerana trend harga emas di Malaysia dan dunia secara global adalah trend menaik.

Beliau sudi untuk berkongsi di FBLive pada 18 Januari 2019 tentang Apakah strategi pelaburan emas yang boleh dibuat pada tahun 2019? Saya akan kupaskan sedikit tentang tip pelaburan emas yang beliau kongsikan.

Sebelum itu, anda perlu faham bahawa apabila anda menerima gaji atau pendapatan bulanan anda. Wang anda itu terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu bahagian pertama untuk perbelanjaan dan bahagian kedua untuk simpan demi kegunaan masa depan.

Paling penting sekali, simpanan wang anda mestilah disimpan didalam instrumen kewangan kategori pelaburan. Terdapat banyak instrumen kewangan pelaburan di Malaysia seperti ASB, Tabung Haji, akaun simpanan tetap(fixed deposit), unit trust dan emas.

Memandangkan Encik Syukor Hashim telah 11 tahun di dalam bidang pelaburan emas, beliau menyarankan simpanan wang anda bertukar kepada simpanan emas.

3 TIP Penting Pelaburan Emas Tahun 2019.

1. Memilih produk yang betul, mudah beli mudah jual.

Anda perlu tahu bahawa terdapat banyak produk kewangan yang berasaskan emas seperti saham emas, akaun simpanan emas, jongkong emas dan dinar emas fizikal.

Public Gold menyediakan platform untuk membeli dan menjual yang paling mudah. Anda boleh membuat pelaburan emas anda hanya dengan sentuhan jari di skrin telifon sahaja. Malah lebih baik lagi, melalui Akaun Emas GAP anda boleh membeli dan menjual emas sepanjang masa 24/7 dan 365/setahun.

Anda juga boleh keluarkan simpanan emas anda dari Akaun Emas Online GAP kepada emas fizikal dengan pelbagai pilihan produk dari jongkong emas 1g ke 1000g, dari 1/2 Dinar ke 5 Dinar, 10 Dinar(42.5g).

Jika, anda takut untuk simpan sendiri emas secara fizikal. Biarkan saja gram emas anda di dalam Akaun Emas Online GAP. Public Gold akan simpan emas anda tanpa sebarang caj.

Sebagai seorang penyimpan dan pelabur emas, teknik simpanan yang paling berkesan ialah apabila mendapat wang gaji, alihkan dahulu minima 10% untuk simpanan. Selebihnya barulah boleh digunakan untuk perbelanjaan. Jadi, simpan dahulu belanja lah kemudian. Inilah cara menyimpan yang betul, saya berharap anda akan lebih istiqomah menyimpan emas. InsyaAllah.

2. Beli produk emas fizikal yang murah dan harga patut.

Emas dipilih secara pakej mengikut 5 asas utama, walaubagaimanapun membeli emas fizikal yang murah serta dalam lingkungan harga patut di Malaysia adalah asas yang paling penting menurut Encik Syukur Hashim.

Semua orang suka barang yang murah. Harga emas Public Gold adalah lebih murah berbanding kebanyakan harga di kedai emas lain. Public Gold bukanlah menawarkan harga yang paling murah, tetapi sememangnya harga patut dan sedikit rendah berbanding harga pasaran.

Saya ada menulis tentang cara membeli emas fizikal dengan betul sebelum ini, anda boleh baca selanjutnya di sana.

3. Beli produk emas yang patuh syariah, hati tenang.

Saranan buat semua pelabur emas di Malaysia dan dimana saja anda berada, belilah emas fizikal supaya akad beli/jual anda patuh syariah. Emas adalah barangan ribawi dan hendaklah diuruskan dengan mengikut hukum syarie.

By the way, there is a saying “if you can’t hold it, you don’t own it”. Jadi, pilihlah emas fizikal. Beli emas, dapat emas.

Tiga kaedah belian emas di Public Gold telah disahkan patuh syariah oleh panel syariah yang dilantik.
I. Cara belian terus
II. Cara belian melalui Akaun Emas Online GAP
III. Cara belian Syariah Easy Payment Purchase

Firma Amanie Advisors sememangya arif dan specialised dalam bidang muamalat islam. Amanie Advisors merupakan panel syariah Public Gold dan firma yang sama menasihatkan Bank Negara Malaysia tentang hal-hal kepatuhan syariah.

Ianya sebuah firma bertaraf antarabangsa apabila salah satu akreditasinya ialah Bursa Malaysia-i. Amanie Advisors ialah panel syariah yang menentukan saham yang mana patuh syariah dan yang mana tidak patuh. Anda boleh lihat lebih banyak lagi akreditasi firma ini di laman rasmi mereka, Amanie Advisors Website.

2 TIP BONUS, saranan Jack Bogle.

Seterusnya didalam video Strategi Pelaburan Emas 2019 ini, Encik Syukor Hashim menekankan beberapa saranan pelaburan yang digunakan oleh Jack Bogle iaitu seorang pelabur hebat dari amerika syarikat. Baru sahaja meninggal pada usia 89 tahun. Semasa hayatnya merupakan seorang pelabur yang sangat disegani dan juga CEO kepada syarikat gergasi The Vanguard Group.

Antara strategi terbaik dalam pelaburan saranan Jack Bogle ialah;
I. Labur secara konsisten untuk jangka masa panjang, pasti untung.
II. Kawal emosi dalam melabur emas.

Untuk kefahaman yang lebih tentang dua(2) nasihat dari legendary investor mendiang Jack Bogle. Lihat video dari Encik Syukor Hashim di bawah.


Sekian dulu kupasan saya tentang Strategi Pelaburan Emas bagi tahun 2019 di Malaysia. Tontonlah video di atas, kerana ianya sangat bermanafaat. Sehingga berjumpa lagi.

Fakhrul Anwar Osman
Penyimpan Emas dan Silver Tegar
010.3400.916

Kongsikan dengan rakan anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *