3 cara top up paling murah dan mudah secara online – Jimat Belanja!

Top up kredit telefon merupakan satu keperluan bagi hampir semua pengguna talian telefon pasca bayar (pre-paid) bagi mana-mana jenis syarikat telekomunikasi yang tersedia di seluruh dunia. Dalam konteks pengguna di Malaysia, topup kredit telefon boleh diperoleh dengan mudah dimana-mana sahaja.

Walaubagaimanapun bagi mereka, golongan yang IT savvy pastinya akan membuat pilihan cara top up paling murah, mudah dan pantas. Saya pasti pilihan bayaran secara online menjadi pilihan utama.

Artikel kali ini, saya akan berkongsi kepada anda beberapa cara top up kredit telefon menggunakan kaedah-kaedah yang boleh memberi penjimatan dan diskaun yang berbaloi dan sudah pasti murah berbanding harga retail topup kredit.

Top up kredit telefon guna Perbankan Online

Anda sebenarnya sudah mempunyai tools yang mudah dan pantas untuk top up kredit telefon. Hampir semua rakyat Malaysia mempunyai akaun bank dan akses kepada akaun bank tersebut secara online. Anda boleh akses akaun bank tersebut menggunakan komputer ataupun telefon pintar saja. Mat Saleh kata Easy as Pie. 

Cara ini adalah sangat mudah. Sebagai contoh akaun Maybank2u, anda hanya perlu log in dan klik pada butang “Pay & Transfer” kemudian menekan pilihan “Reload”. Setelah itu, pilihlah dari pilihan telco yang anda gunakan. Selesaikan bayaran dan top up kredit cara mudah ini akan masuk dalam masa kurang 5 minit.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang yang sangat mementingkan peluang-peluang penjimatan yang boleh digunakan oleh rakyat Malaysia. Saya mencadangkan agar anda mengabaikan kaedah asas beli topup kredit guna web / app bank anda. Hanya gunakan cara ini jika keadaan mendesak dan perlu disegerakan sangat.

#1 : Top up kredit telefon guna Lazada

Top up dengan mudah Aplikasi Lazada

Lazada Mall merupakan satu gedung membeli belah online yang sangat universal. Anda boleh dapatkan hampir apa saja di laman ini. Jika anda mencari cara top up paling murah dan mudah, Lazada adalah tempatnya yang sesuai.

Anda boleh menggunakan komputer desktop atau komputer riba untuk membeli top up dengan mudah. Pergi sahaja ke Lazada Mall dan login seperti biasa. Jika anda belum ada akaun, boleh daftar dengan klik di sini > LazMall.

Anda juga boleh menggunakan aplikasi Lazada di telefon-pintar untuk cara top up yang lebih mudah dan pantas. Lazada rekemen anda menggunakan Lazada Wallet untuk nikmati 5% cashback. Tapi saya tak gemarkannya sebab e-wallet Lazada hanya untuk bayar apa yang anda beli di Lazada sahaja.

#2 : Top up kredit telefon guna 11Street

Top Up Celcom Murah

Aplikasi 11Street dot my merupakan applikasi yang sering saya gunakan untuk top up kredit celcom xpax dengan murah. Seringkali saya akan mendapat diskaun 5% untuk top up kredit celcom xpax sahaja. Jika anda menggunakan XPAX Turbo SIM, anda mungkin layak untuk top up kredit dengan diskaun sebanyak 10%. Wow sangat murah dan berbaloi.

Jangan khuatir, jika anda menggunakan syarikat telco selain dari celcom anda juga tidak ketinggalan dalam mendapatkan top up kredit murah di 11Street. Anda hanya perlu bayar menggunakan e-wallet Boost untuk mendapatkan cashback.

11street mempunyai pelbagai saluran bayaran yang mudah dan mesra pengguna, antaranya;
1. Kad kredit, kad debit atau kad prepaid. (Visa / Mastercard)
2. Perbankan online dengan pelbagai pilihan bank.
3. Mobile e-Wallet (Boost dan PrestoPay)

3 cara bayaran mudah di Aplikasi 11 Street

Sekarang saya gemar menggunakan e-Wallet Boost untuk setiap transaksi saya di 11street. Ianya mudah dan sangat pantas untuk mendapatkan cashback. Selain itu, anda boleh juga menerima cashback daripada program yang dinamakan Shopback. Saya akan kongsikan tentang Shopback di post yang lain. Sementara itu, pastikan anda mendaftar Boost, cara-caranya di bawah.

#3 : Top up kredit telefon guna Boost

Top Up Kredit XOX guna Aplikasi Boost

Boost merupakan satu mobile e-wallet yang sedang menempa namanya dan semakin dikenali ramai. Pernah mendapat #3 Top Free aplikasi di Google Play. Secara jujurnya, saluran bayaran bil di dalam aplikasi Boost masih sederhana. Walaubagaimanapun, jika anda inginkan cara beli top up kredit telefon yang paling murah dan mudah, applikasi Boost adalah caranya. Period.

Cara menggunakan Boost sangat mudah. Contoh jika anda mahu bayar pembelian top up.
1. Anda masukkan tunai ke e-wallet Boost guna perbankan online. (Minima RM10.00 dan tiada caj transaksi)
2. Anda bayar top up kredit mengikut pilihan anda.
3. Anda terima top up kredit tersebut.
4. Anda terima Reward for paying with Boost. Boleh redeem dengan Shake telefon anda sahaja.

Apa yang lebih best ialah, nilai yang anda terima daripada Shake reward tu boleh terus digunakan serta merta. Tiada tempoh bertenang. Best ke best sangat?

Hahaha.. baiklah, saya kongsikan sedikit tip, saya pernah bayar bil unifi menggunakan Boost. Jumlah keseluruhan bil ialah RM147.35 dan saya reload tunai sebanyak RM140 ke Boost Wallet. Kemudian saya buat bayaran pertama bil tersebut sebanyak RM100 sahaja dan terima reward sebanyak RM5.00 kemudian pada 2 hari berikutnya barulah saya buat bayaran baki bil tersebut dengan lebihan bayaran RM5.00 (free cashback). Kemudian terima 1 kali lagi reward sebanyak RM3.00 pula untuk bil yang sama. Kini jika saya perlu top up kredit telefon RM10, saya hanya perlukan RM7 sahaja. Diskaun 30% dah tersedia dalam Boost.

Apa yang lebih baik ialah, bayaran top up cara mudah ini akan membolehkan saya menerima reward sekali lagi. Wow, reward atas reward sangat best dan sangat menjimatkan.

Cara mendaftar Aplikasi e-wallet Boost

Use my Invite Code fakhqyw. Get free up to RM5 cashback after your first mobile prepaid credit top up in Boost. Download the Boost App on Google Playstore or App Store here. Boost Mobile Wallet

Applikasi Boost

Sepertimana quote di atas, mendaftar Boost Wallet adalah sangat mudah. Anda boleh klik link referal saya di atas untuk download aplikasinya dan nikmati Cashback sebanyak RM5 untuk belian top up pertama anda yang bernilai minima RM10 tanpa sebarang bayaran tambahan. Boost akan hadiahkan kepada saya referal reward sebanyak RM1.00 sahaja. Semua ini jika anda masukkan kod jemputan saya fakhqyw semasa anda setup aplikasi Boost di telefon anda.

Tentu sekali saya ucapkan terima kasih jika anda mendaftar menggunakan invite code saya tadi. Free RM1.00 beb. Siapa nak bagi kan? (^__^)

Cara mendaftar Boost adalah sangat mudah;
1. Download aplikasi Boost dari Google Play atau App Store
2. Buka aplikasi Boost dan ikut saja step-step berikut,
2.a Klik Register
2.b Masukkan nombor telefon anda dan pilih penyedia telco anda (prepaid / postpaid). Terima nombor TAC 6 digit melalui SMS.
2.c Masukkan Nama sebenar anda
2.d Masukkan e-mel anda.
2.e Masukkan password untuk akaun Boost anda.
2.f Anda juga perlu set 6 digit pin. Pastikan nombor ini dirahsiakan daripada sesiapa sahaja bagi tujuan keselamatan.
2.g Masukkan kod jemputan fakhqyw jika anda tiada jemputan dari sesiapa (Free RM5 cashback).
2.h Pilih jenis wallet. Saya gunakan Basic (Had transaksi wallet RM200 sehari dan RM1000 sebulan)

Ingin saya ingatkan, semasa mendaftar Boost anda dinasihatkan menggunakan Nama sebenar mengikut IC dan masukkan nombor telefon yang betul, kerana applikasi ini didaftarkan kepada no telefon untuk mencipta akaun Boost. Anda boleh ada banyak akaun Boost jika anda ada banyak nombor telefon.

Anda juga boleh dapatkan lebih maklumat mengenai Boost di laman sesawang Boost bahagian Help Center. Saya berharap, anda mendapat maanfaat tentang cara top up paling murah dan mudah secara online.

Semoga anda berjaya jimat belanja bulanan.

Kongsikan dengan rakan anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *